Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau
Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum
Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat
bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri
berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air
di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di
Malaysia.
Masjid yang mula dibina
pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta
yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Rayadirekabentuk oleh Dato' Raja Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun
Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter
persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta
di
kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000
orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di
bahagian atas.
Masjid yang telah
dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti
bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk
dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Dengan gabungan hiasan
taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air
yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan,
pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti
betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus
berkembang.
No comments:
Post a Comment